Perkataan 'dari' dan 'daripada' merupakan jenis sendi nama. Tetapi, mereka tidak mempunyai maksud yand yang sama.
Dari
Perkataan ini hanya boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan masa, tempat, dan arah.
Contoh:
Mereka berlatih setiap hari dari pukul dua tengah hari hingga pukul lima petang. (masa)
Encik Ali berasal dari Sabah, Malaysia. (tempat)
Dia berjalan dari tepi sungai ke arah rumahnya. (arah)
Daripada
Perkataan ini diletakkan di hadapan kata nama yang menyatakan orang dan sumber. Ia juga digunakan untuk membuat bandingan.
Contoh:
Pada usia lima belas, dia sudah lebih tinggi daripada ibunya. (bandingan)
Meja baru yang dibeli oleh ayah dibuat daripada kayu berkualiti. (sumber)
Kami menerima surat baharu daripada kakak yang sedang belajar di luar negara. (orang)