Lawatan Ke Luar Negara
Satu percutian bersama
keluarga saya ialah percutian tiga hari dua malam di Pulau Tioman semasa cuti
sekolah akhir tahun lalu. Pulau Tioman adalah antara pulau terbesar yang terletak
berdekatan dengan Semenanjung Malaysia.
Perjalanan ke Pulau Tioman dari
negeri Johor mengambil masa yang agak lama. Kami perlu memandu kereta ke sebuah bandar yang bernama
Mersing dahulu, dan kemudian menaiki sebuah feri untuk sampai di sana. Oleh
itu, pada hari pertama, ibu bapa saya telah mengejut saya dan abang saya pada
awal pagi, kira-kira 6.30 pagi. Kami menyediakan barang-barang yang akan dibawa
ke Pulau Tioman dan meletakkannya di dalam but kereta ayah. Setelah siap, kami
keluar untuk makan sarapan pagi sebelum memulakan perjalanan ke destinasi yang
jauh. Saya berasa lega kerana kereta ayah saya amat besar. Saya tidak boleh tahan
berada di ruang yang kecil dan sempit.
Kami akhirnya tiba di Mersing
selepas perjalanan selama dua jam. Apabila tiba, kami berasa lapar lalu membeli
makanan dan berehat seketika. Pemandangan di situ amat indah kerana Mersing
berada di tepi laut. Selepas itu, kami membeli tiket feri untuk ke destinasi
terakhir. Perjalanan ini juga amat lama, tetapi saya ghairah kerana ia
merupakan pengalaman pertama saya menaiki sebuah feri. Feri yang dinaiki kami
telah dipasang dengan beberapa buah televisyen agar para penumpang tidak berasa
bosan. Televisyen tersebut mempunyai skrin besar supaya semua penumpang boleh
tonton. Selain menonton televisyen, kami juga boleh melihat pelbagai jenis
ikan di dalam laut. Ada yang besar, kecil, panjang, pendek dan setiap ekor ikan
berwarna-warni, sangat cantik sekali!


Itulah segala
aktiviti-aktiviti menarik yang dilakukan keluarga saya semasa percutian kami ke
Pulau Tioman. Percutian ini telah menjadi satu kenangan yang manis untuk kami.