Ialah
Pengunaan perkataan ini memang senang untuk diingati. Perkataan 'ialah' boleh digunakan di hadapan sejenis frasa sahaja, iaitu frasa nama (fn). Perkataan ini tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contohnya:
- Hadiah bagi pemenang pertandingan menulis cerita kreatif itu ialah sebuah buku (fn).
- Guru Bahasa Melayu saya ialah Puan Ida (fn).
- Tempat yang sering dikunjungi remaja ialah pawagam (fn).
Perkataan 'adalah' boleh diletakkan di hadapan frasa sendi nama (fsn) dan frasa adjektif (fa) sahaja. Ia tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama dan frasa kerja.
Contohnya:
- Blog ini adalah untuk (fsn) pembelajaran Bahasa Melayu.
- Pensil saya adalah di dalam (fsn) laci itu.
- Kotak ini adalah terlalu kecil (fa) untuk memuatkan buku-buku lama itu.
Jadi, jika kita menemui frasa nama, kita mesti menggunakan perkataan 'ialah' di awal frasa tersebut. Frasa-frasa yang lain pula perlu ada perkataan 'adalah' di hadapannya kecuali frasa kerja.
Ok bagus... saya harap awak tidak buat kesilapan lagi dalam mengarang menggunakan ialah dan adalah
BalasPadam