Rabu, 14 Ogos 2013

Watak dan Perwatakan Dalam Novel Negeri Lima Menara

Watak yang telah saya pilih daripada novel ini ialah Baso Salahuddin dari Sulawesi. Saya memilihnya kerana saya berpendapat bahawa dia merupakan watak yang paling istimewa dan menarik hati saya. Baso ialah seorang anak yatim yang tinggal bersama-sama neneknya sebelum dia bermula bersekolah di Pondok Madani. Dialah watak yang paling miskin dalam kumpulan Sahibul Menara. Neneknya ialah satu-satu keluarga Baso yang tinggal. Oleh sebab itu, apabila neneknya jatuh sakit, Baso diperlukan pulang ke kamupungnya untuk menjaga dia.

Saya berasa bahawa Baso ialah watak yang paling meraik dalam cerita ini kerana cerita hidupnya sangat menyentuhkan hati. Dia tidak mempunyai ibu bapa untuk menyayanginya dan juga ialah anak tunggal dalam keluarga. Namun, dia tidak pernah berputus asa untuk menghafal Quran supaya ibu bapanya mendapat jubah kemuliaan di akhirat nanti. Di samping menghafal  al-Quran, saya juga berasa bahawa dia ialah seorang  watak yang penting. Dia telah membakar semangat saya untuk menghargai pelajaran dan berasa bersyukur bahawa saya masih mempunyai kedua-dua ibu bapa saya.

2 ulasan: