Khamis, 9 Ogos 2012

Aktiviti Harian Saya

Hari ini, saya telah mengikut ibu saya ke Pusat Beli-belah Pelangi. Kami ingin membeli buku dan membeli makanan. Semasa saya sedang memilih biskut di 'Cold Storage', pelbagai lagu hari raya dimainkan di seluruh kedai tersebut. Setelah siap, kami pergi ke McDonalds untuk makan tengah hari dan kemudian membeli beberapa barang yang lain.

Apabila hendak pergi ke sekolah abang saya untuk membawanya pulang ke rumah, kereta ibu saya tiba-tiba rosak. Dia menelefon ayah saya untuk datang menyemak keretanya. Selepas ayah saya mengambil abang dari sekolahnya, dia sampai ke tempat kami terhenti. Dia mengambil sekurang-kurangnya satu jam untuk membaiki kereta ibu saya. Sebagai langkah keselamatan, keretanya dihantar ke bengkel membaiki kereta unbtuk diperiksa.

Sementara itu, saya dihantar balik ke rumah. Pada pukul lima petang, ibu menghantar saya ke latihan menari. Saya telah menari tarian waltz, quickstep dan tango. Latihan saya berlanjut selama satu jam, iaitu hingga pukul enam petang. Selepas pulang ke rumah, saya mandi dan membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu saya, termasuk catatan blog ini. Saya juga menonton televisyen dan membaca buku sebentar.

Inilah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh saya pada hari ini. Di sinilah saya akan berhenti menulis. Selamat malam.

2 ulasan:

  1. Bagus! banyak aktivit yang bermanfaat ya.

    BalasPadam
  2. Haii kesiannya megan. Sekarang keretanya sudah diperbaiki?

    BalasPadam