Sabtu, 11 Ogos 2012

Sabtu, 11 Ogos 2012

Hari ini, saya telah bangun pada pukul 8.35 pagi, lebih lewat berbanding dengan waktu biasa. Saya bersarapan pagi, mandi, membaca surat khabar dan mengulang kaji pelajaran bersama abang saya.

Ibu saya turut pergi ke kedai beli-belah untuk membeli barangan keperluannya. Apabila dia pulang ke rumah, dia menyuruh saya dan abang saya untuk menolongnya menyediakan beberapa ramuan. Rupa-rupanya, dia ingin membuat biskut coklat untuk kami.

Seronoknya membantu ibu membuat biskut! Saya telah menepis tepung manakala abang saya campurkan mentega, telur dan tepung tersebut. Selepas itu, campuran dimasukkan ke dalam ketuhar selama lima belas minit. Biskut yang dihasilkan lazat sekali!

Kemudian, saya dan abang saya sambung mengulang kaji. Pada pukul 2.00 petang, ibu menghantar abang saya ke kelas tarian. Saya pula ditinggalkan di rumah untuk menjaga biskut-biskut tersebut. Satu jam berlalu, menjadi giliran saya untuk ke kelas tarian.

Di sana, saya belajar gerakan baharu untuk tarian tango. Kelas saya tamat pada pukul 4.00 petang. Saya, ibu dan abang berjumpa dengan ayah saya dan kami pergi ke pasar malam bersama-sama. Selepas itu, kami makan mi untuk makan malam. Akhirnya, kami pulang ke rumah.

8 ulasan:

  1. Isy awak ini Megan, buat saya lapar sahaja! Saya suka biskut coklat tau... Kenapa harus menjaga biskut? Takut orang curi kah? ^_^

    BalasPadam
  2. Baik juga ya, Megan. Boleh menari pun. Jangan segan untuk menolong kami untuk persembahan Musikal Raya, ya?

    BalasPadam
  3. Wahh!! Makanannya mesti sedap! Sempat main Badminton! Kasihan kereta rosak! Ajar kami menari boleh?

    BalasPadam
  4. Wahh kamu sangat rajin. Bangun awal pada cuti sekolah, walaupun tidak diperlukan...

    BalasPadam
  5. K, banyak isi. Entri panjang. K, tapi awak buat banyak benda.

    BalasPadam
  6. Awak bangun pada 8:35 pagi? saya bangun pada pukul 10 atau 11 pagi.

    BalasPadam
  7. Sungguh panjang dan menarik ! good job ! (: Wah , kelas menari sehh . Satu hari nanti , tolong tunjukkan saya tarian awak ya ? saya mahu lihat laa :D

    BalasPadam
  8. wah dapat banyak pujian daripada cikgu. BAIK.. Entri awak sangat panjang dan baik. Saya mesti belajar dari awak. kbye

    BalasPadam