Rabu, 28 Mac 2012

Format Penulisan Surat Rasmi

Surat formal ialah surat tentang yang perkara-perkara penting.
Cara menulis surat formal
Surat formal mesti mempunyai :
  1. Tarikh
  2. Nama pengirim
  3. Nama penerima
  4. Tajuk surat
  5. Nama pengadap
  6. Perenggan pertama
  7. Perenggan kedua
  8. Perenggan ketiga
  9. Penutup surat
  10. Tandatangan
27 Mac 2012

Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789.

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456.

Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah manaiki MRT dari Bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah nenek saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga nekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat- tempat duduk dalam MRT itu.

Selain itu, terdapat juaga pengguna-pengguna yang masih membuang sampah di merata-rata tempat. Contohnya, saya ternampak seorang pemuda meninggalkan botol plastik di tempat duduknya. Akibatnya, baju seorang wanita tua telah dikotorkan ketika dia duduk di tempat tersebut. Oleh sebab ini, saya bercadang bahawa alat CCTV perlu dipasangkan di dalam MRT supaya orang yang bersalah akan ditahan. Dengan cara ini, keadaan tersebut boleh diperbaiki.

Jadi, saya memang berharap bahawa pihak tuan/puan akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Sekian,
Siti Bte Ahmad

Rabu, 29 Februari 2012

Pengunaan 'ialah' & 'adalah'

Perkataan 'ialah' dan 'adalah' ialah jenis kata pemeri. Perkataan-perkataan tersebut juga merupakan kata prafrasa, iaitu kata yang terletak di hadapan frasa. Walaupun kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama, terdapat perbezaan pada pengunaannya.
Ialah
Pengunaan perkataan ini memang senang untuk diingati. Perkataan 'ialah' boleh digunakan di hadapan sejenis frasa sahaja, iaitu frasa nama (fn). Perkataan ini tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contohnya:
  • Hadiah bagi pemenang pertandingan menulis cerita kreatif itu ialah sebuah buku (fn).
  • Guru Bahasa Melayu saya ialah Puan Ida (fn).
  • Tempat yang sering dikunjungi remaja ialah pawagam (fn).
Adalah
Perkataan 'adalah' boleh diletakkan di hadapan frasa sendi nama (fsn) dan frasa adjektif (fa) sahaja. Ia tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama dan frasa kerja.
Contohnya:
  • Blog ini adalah untuk (fsn) pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Pensil saya adalah di dalam (fsn) laci itu.
  • Kotak ini adalah terlalu kecil (fa) untuk memuatkan buku-buku lama itu.


Jadi, jika kita menemui frasa nama, kita mesti menggunakan perkataan 'ialah' di awal frasa tersebut. Frasa-frasa yang lain pula perlu ada perkataan 'adalah' di hadapannya kecuali frasa kerja.

Sabtu, 18 Februari 2012

Mengapa Saya Pilih Tajuk Blog Ini

Tajuk blog saya ialah Blog Bahasa Melayu. Saya memilih tajuk ini kerana ia sebuah tajuk yang mudah dan senang untuk diingati. Ia juga bermakna bahawa blog ini adalah khas untuk pelajaran Bahasa Melayu saya.

Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Aku terkejut apabila Puan Ida menyuruh kita mencipta sebuah blog Bahasa Melayu. Aku tidak pernah mengadakan blog untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Aku rasa bahawa aku boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dengan cara ini kerana aku akan lebih membaca dalam Bahasa Melayu.