Ahad, 23 Disember 2012

Pengalaman Selama Setahun dalam Menengah 1 Ekpres

Pada pendapat saya, masa telah berlalu dengan pantas sekali sepanjang tahun ini, mungkin yang paling pantas jika dibandingkan dengan masa persekolahan di sekolah rendah.

Sudah setahun belajar di sekolah menengah, tetapi saya masih tidak dapat mencapai gol untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun ini. Saya berasa sedih hati melihat keputusan beberapa subjek yang masih tidak dapat ditingkatkan dalam tempoh masa setahun.

Walau bagaimanapun, ada juga banyak kenangan manis dengan kawan-kawan rapat saya. Kami telah melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama, alamatnya lebih rapat dan mudah memahami kawan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah kita lakukan bersama-sama ialah 'Homecoming Day', kami sekelas telah menukarkan bilik darjah 104 menjadi rumah hantu.

Selain itu, kami pernah pergi ke 'Wild Wild Wet' bersama-sama. Seronoknya dapat bermain bersama-sama!

(Maaf, saya tidak sedar bahawa artikel ini masih belum diterbitkan)

Selasa, 25 September 2012

Peperiksaan Akhir Tahun: Format Surat Rasmi & Kertas Dua

Peperiksaan akhir tahun semakin menjelang, ia akan bermula pada hari Khamis ini. Oleh sebab itu, para pelajar telah membuat penyediaan untuk ujian terpenting ini sejak cuti yang lalu. Subjek-subjek yang akan diuji pada minggu ini ialah Bahasa Inggeris dan Bahhasa Melayu. Kita perlulah menghafal peribahasa dan format surat rasmi.

Format Surat Rasmi

Tarikh
Nama Pengirim
Nama Penerima
Nama Pengadap
Tajuk
Pendahuluan
Perenggan Kedua
Perenggan Ketiga
Penutup
Tandatangan

Format Kertas Dua

1. Mencari Imbuhan (perkataan-perkataan yang memerlukan imbuhan)
2. Prosedur (mengisikan perkataan yang sesuai)
3. Peribahasa (memilih peribahasa yang betul)
4. Kefahaman (menjawab soalan daripada teks)
5. MCQ (objektif)
6. Ringkasan (membuat rumusan teks)

Rabu, 5 September 2012

Biasiswa Presiden

Biasiswa Presiden merupakan anugerah tertinggi sekali yang boleh diterima di Singapura. Biasiswa ini sangat istimewa kepada sesiapa yang mendapatinya.

Jika abang saya telah menerima Biasiswa Presiden, pastilah semua orang menyangka bahawa saya boleh mencapai kejayaan yang sebaik dengan dia pada masa yang datang. Ia boleh mengakibatkan saya mengalami lebih banyak tekanan. Walaubagaimanapun, kejayaannya juga akan meningkatkan kesemangatan saya untuk mencontohinya. Ini disebabkan saya percaya bahawa jika abang saya boleh cemerlang dalam pelajarannya, saya mempunyai kebolehan untuk berbuat begitu juga.

Jadi, ini menunjukkan bahawa anugerah ini sangat bermakna dan boleh mempengaruhi pendapat orang lain tentang penerima anugerah tersebut dan orang terdekat dengannya.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Video Yang Paling Saya Gemari

Saya gemar menonton video ini kerana ia mengandungi pelajaran-pelajaran yang baik. Antaranya ialah kesemangatan supaya tidak berputus asa. Video ini menceritakan tentang seorang lelaki yang telah cacat apabila dia masih kecil. Dia tidak berputus asa apabila hilang kakinya. Dia ingin 'berjalan ke hadapan, bukan ke belakang' dan tidak berfikir tentang keburukan kejadian itu lagi. Kecacatannya juga telah membantu dia menjadi lebih berani dan untuk terus mempelajari cara berjalan dengan kaki palsunya. Saya berasa sangat bersyukur kerana saya tidak ada kecacatan apa-apa. Video tersebut telah mengajar saya untuk menghargai apa yang saya ada sekarang dan sentiasa berfikiran positif dalam semua aspek.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Sabtu, 11 Ogos 2012

Hari ini, saya telah bangun pada pukul 8.35 pagi, lebih lewat berbanding dengan waktu biasa. Saya bersarapan pagi, mandi, membaca surat khabar dan mengulang kaji pelajaran bersama abang saya.

Ibu saya turut pergi ke kedai beli-belah untuk membeli barangan keperluannya. Apabila dia pulang ke rumah, dia menyuruh saya dan abang saya untuk menolongnya menyediakan beberapa ramuan. Rupa-rupanya, dia ingin membuat biskut coklat untuk kami.

Seronoknya membantu ibu membuat biskut! Saya telah menepis tepung manakala abang saya campurkan mentega, telur dan tepung tersebut. Selepas itu, campuran dimasukkan ke dalam ketuhar selama lima belas minit. Biskut yang dihasilkan lazat sekali!

Kemudian, saya dan abang saya sambung mengulang kaji. Pada pukul 2.00 petang, ibu menghantar abang saya ke kelas tarian. Saya pula ditinggalkan di rumah untuk menjaga biskut-biskut tersebut. Satu jam berlalu, menjadi giliran saya untuk ke kelas tarian.

Di sana, saya belajar gerakan baharu untuk tarian tango. Kelas saya tamat pada pukul 4.00 petang. Saya, ibu dan abang berjumpa dengan ayah saya dan kami pergi ke pasar malam bersama-sama. Selepas itu, kami makan mi untuk makan malam. Akhirnya, kami pulang ke rumah.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Hari Ini, 10 Ogos 2012

Hari ini, saya dikejut bangun oleh abang saya pada pukul 1.00 pagi. Rupa-rupanya, dia telah bangun untuk mengulang kaji untuk ujian yang sedang dihadapinya. Telah tercatat oleh saya bahawa dia telah balik ke tidur pada pukul 3.00 pagi. Saya juga ternampak abang saya bangun untuk ke sekolah pada pukul 5.00 pagi. Wah, rajinnya abang saya!

Saya pun balik ke tidur, ke dunia fantasi mimpi saya.

Pada pukul 9.00 pagi  pula, saya telah makan pagi dengan kedua-dua ibubapa saya. Saya telah makan roti Massimo dengan kacang merah, kaya dan  telur yang direbus mak saya. Wah, sedapnya !

Selepas itu, saya mandi untuk menyegarkan badan saya untuk menghadapi cabaran yang terdapat dalam hari ini. Pada pukul 10.00pagi, saya mula mengulang kaji untuk peperiksaan yang akan saya hadapi pada minggu depan. Sampailah pukul 5.00 petang saya bermain badminton dengan abang saya yang telah dijemput oleh emak saya.

Pada pukul 7.00 malam kami pun mula menyediakan meja makan untuk menghidang masakan emak saya, iaitu ikan yang direbus dengan tomato, tofu dengan sayur masin cina.

Kemudian, abang saya telah mandi dan membuat kerja rumah dia dengan saya . Emak saya yang telah penat memasak makanan yang sedap telah berundur ke bilik tidurnya.

Selepas abang saya telah menyiapkan kerja rumahnya , kami telah menonton televisyen dengan ayah saya yang baru balik daripada kerjanya di bandar . Itulah sahaja yang saya akan tulis untuk hari ini .

Khamis, 9 Ogos 2012

Aktiviti Harian Saya

Hari ini, saya telah mengikut ibu saya ke Pusat Beli-belah Pelangi. Kami ingin membeli buku dan membeli makanan. Semasa saya sedang memilih biskut di 'Cold Storage', pelbagai lagu hari raya dimainkan di seluruh kedai tersebut. Setelah siap, kami pergi ke McDonalds untuk makan tengah hari dan kemudian membeli beberapa barang yang lain.

Apabila hendak pergi ke sekolah abang saya untuk membawanya pulang ke rumah, kereta ibu saya tiba-tiba rosak. Dia menelefon ayah saya untuk datang menyemak keretanya. Selepas ayah saya mengambil abang dari sekolahnya, dia sampai ke tempat kami terhenti. Dia mengambil sekurang-kurangnya satu jam untuk membaiki kereta ibu saya. Sebagai langkah keselamatan, keretanya dihantar ke bengkel membaiki kereta unbtuk diperiksa.

Sementara itu, saya dihantar balik ke rumah. Pada pukul lima petang, ibu menghantar saya ke latihan menari. Saya telah menari tarian waltz, quickstep dan tango. Latihan saya berlanjut selama satu jam, iaitu hingga pukul enam petang. Selepas pulang ke rumah, saya mandi dan membuat kerja rumah yang diberikan oleh cikgu saya, termasuk catatan blog ini. Saya juga menonton televisyen dan membaca buku sebentar.

Inilah aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh saya pada hari ini. Di sinilah saya akan berhenti menulis. Selamat malam.

Rabu, 25 April 2012

Penggunaan 'Dari' dan 'Daripada'

Perkataan 'dari' dan 'daripada' merupakan jenis sendi nama. Tetapi, mereka tidak mempunyai maksud yand yang sama.

Dari
Perkataan ini hanya boleh digunakan di hadapan frasa nama yang menyatakan masa, tempat, dan arah.
Contoh:
Mereka berlatih setiap hari dari pukul dua tengah hari hingga pukul lima petang. (masa)
Encik Ali berasal dari Sabah, Malaysia. (tempat)
Dia berjalan dari tepi sungai ke arah rumahnya. (arah)

Daripada
Perkataan ini diletakkan di hadapan kata nama yang menyatakan orang dan sumber. Ia juga digunakan untuk membuat bandingan.
Contoh:
Pada usia lima belas, dia sudah lebih tinggi daripada ibunya. (bandingan)
Meja baru yang dibeli oleh ayah dibuat daripada kayu berkualiti. (sumber)
Kami menerima surat baharu daripada kakak yang sedang belajar di luar negara. (orang)

Rabu, 28 Mac 2012

Format Penulisan Surat Rasmi

Surat formal ialah surat tentang yang perkara-perkara penting.
Cara menulis surat formal
Surat formal mesti mempunyai :
  1. Tarikh
  2. Nama pengirim
  3. Nama penerima
  4. Tajuk surat
  5. Nama pengadap
  6. Perenggan pertama
  7. Perenggan kedua
  8. Perenggan ketiga
  9. Penutup surat
  10. Tandatangan
27 Mac 2012

Siti Binte Ahmad
Blk 332 Hougang Ave 4
#08-08
Singapura 456789.

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Sistem Gerak Cepat MRT
80 Coleman Street
Singapura 123456.

Tuan/Puan

Per: Kekotoran dalam MRT

Tujuan saya menulis adalah untuk membawa perhatian tuan/puan kepada keadaan MRT yang baru saya naiki pada hari Sabtu yang lalu.

Pada hari Sabtu yang lalu, saya telah manaiki MRT dari Bedok ke Jurong untuk pergi ke rumah nenek saya. Alangkah terperanjatnya saya apabila saya dapati bahawa keadaan dalam MRT itu agak kotor dan berselerak dengan sampah sarap. Terdapat juga nekas-bekas minuman dan paket-paket makanan yang diselitkan di tempat- tempat duduk dalam MRT itu.

Selain itu, terdapat juaga pengguna-pengguna yang masih membuang sampah di merata-rata tempat. Contohnya, saya ternampak seorang pemuda meninggalkan botol plastik di tempat duduknya. Akibatnya, baju seorang wanita tua telah dikotorkan ketika dia duduk di tempat tersebut. Oleh sebab ini, saya bercadang bahawa alat CCTV perlu dipasangkan di dalam MRT supaya orang yang bersalah akan ditahan. Dengan cara ini, keadaan tersebut boleh diperbaiki.

Jadi, saya memang berharap bahawa pihak tuan/puan akan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini.

Sekian,
Siti Bte Ahmad

Rabu, 29 Februari 2012

Pengunaan 'ialah' & 'adalah'

Perkataan 'ialah' dan 'adalah' ialah jenis kata pemeri. Perkataan-perkataan tersebut juga merupakan kata prafrasa, iaitu kata yang terletak di hadapan frasa. Walaupun kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama, terdapat perbezaan pada pengunaannya.
Ialah
Pengunaan perkataan ini memang senang untuk diingati. Perkataan 'ialah' boleh digunakan di hadapan sejenis frasa sahaja, iaitu frasa nama (fn). Perkataan ini tidak boleh diletakkan di hadapan frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contohnya:
  • Hadiah bagi pemenang pertandingan menulis cerita kreatif itu ialah sebuah buku (fn).
  • Guru Bahasa Melayu saya ialah Puan Ida (fn).
  • Tempat yang sering dikunjungi remaja ialah pawagam (fn).
Adalah
Perkataan 'adalah' boleh diletakkan di hadapan frasa sendi nama (fsn) dan frasa adjektif (fa) sahaja. Ia tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama dan frasa kerja.
Contohnya:
  • Blog ini adalah untuk (fsn) pembelajaran Bahasa Melayu.
  • Pensil saya adalah di dalam (fsn) laci itu.
  • Kotak ini adalah terlalu kecil (fa) untuk memuatkan buku-buku lama itu.


Jadi, jika kita menemui frasa nama, kita mesti menggunakan perkataan 'ialah' di awal frasa tersebut. Frasa-frasa yang lain pula perlu ada perkataan 'adalah' di hadapannya kecuali frasa kerja.

Sabtu, 18 Februari 2012

Mengapa Saya Pilih Tajuk Blog Ini

Tajuk blog saya ialah Blog Bahasa Melayu. Saya memilih tajuk ini kerana ia sebuah tajuk yang mudah dan senang untuk diingati. Ia juga bermakna bahawa blog ini adalah khas untuk pelajaran Bahasa Melayu saya.

Khamis, 16 Februari 2012

Blog Bahasa Melayu?

Aku terkejut apabila Puan Ida menyuruh kita mencipta sebuah blog Bahasa Melayu. Aku tidak pernah mengadakan blog untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Aku rasa bahawa aku boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dengan cara ini kerana aku akan lebih membaca dalam Bahasa Melayu.